Selasa, 8 Oktober 2013

Khasiat Zikir al Ma'thurat

Bismillahirrahmanirrahim...


Masa student dulu, ustaz ada beritahu Al-Mathurat ni memang elok diamalkan. Dibaca setiap hari, pagi & petang. Bila buat, Memang terasa kelebihannya, dari segi rezeki, pembelajaran, ketenangan jiwa & kesihatan. Tapi saya akui, memang dah berkurun saya tinggalkan amalan bacaan Al-Mathurat ni 


Dalam Al-Mathurat nie mengandungi hampir kesemua doa & selawat yang merangkumi seluruh aspek kehidupan kita. So memang tak rugi untuk kita amalkan sebab doa memang menjadi senjata umat muslimin muslimat kan? Kalau tengok sekali imbas, memang nampak macam panjang, tapi kalau hari2 baca, dah hafal, insya Allah laju aje. Takkan makan masa...


Jom baca kelebihan Al-Mathurat. Haa lepas nie kepada sesiapa yang takde Al-Mathurat tu bolehlah pegi beli kat mana kedai buku agama. Ada banyak publisher & jenis. Ada kecik, ada besar, ada panjang, ada pendek....ikutlah taste masing-masing ye. Dah beli jangan lupa amalkan ye... 



“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a)

KELEBIHAN MEMBACA AL-MATHURAT
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Ma’thurat digalakkkan dibaca selepas Subuh dan Asar setiap hari. Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:

1. Tidak dihampiri syaitan


2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 


3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 


4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 


5. Selamat dari segala sesuatu. 


6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 


7. Allah berhak untuk meredainya 


8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 


9. Terhindar daripada syirik. 


10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 


11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 


12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 


13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 


14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.



*Hamba ni bukanlah baik... cuma sedang berusaha...

♥♥♥ :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT NovaTech ::. ツ ♥♥♥


-sahabatmu aiman-

*WishUmyNakama*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan