Jumaat, 26 November 2021

7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab

 Rezeki Allah itu luas…

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.


Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki? Amalkan 7 zikir di bawah:

1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

"Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah". (HR. At-Tabrani)


2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

"Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur." (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)


3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

"Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


4. Membaca Surah Al-Ikhlas

"Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)


5. Membaca Surah Al-Waqi'ah

"Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat."

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)


7. Melazimkan beristighfar

"Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)


Juga, amalkan membaca doa murah rezeki ini:


Ya Allah,

Berikanlah kepada kami rezeki yang luas

Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami

Ya Allah,

Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah

Jika ada di bumi maka keluarkanlah

Jika jauh maka dekatkanlah

Jika dekat maka mudahkanlah

Jika sedikit maka banyakkanlah

Jika banyak maka berkatilah

Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.


Ya Allah,

Kabulkanlah doa kami

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Semoga Allah memakbulkan doa kita semua. Semoga bermanfaat InsyaAllah. :)

Selasa, 16 November 2021

Alhamdulillah jiwa tenang

Menjejak usia 30an/40an.. tentu kita memilih utk lebih relex2 je. Lagi yg dh capai 40an, boleh dah perlahankan Urusan Duniawi, baiki amalan, dekatkan diri pd yg Esa, dh blh fikir tentang Akhirat. 


Usia 30 Tahun Hingga Usia 39 Tahun Adalah Waktu Kemuncak Ujian Hidup


Waktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk study, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri.


Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan family. 


Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:

- Kereta mula meragam

- Rumah mula nak bocor sana sini

- Yuran sekolah anak makin naik

- Mula banyak orang benci kita

- Hubungan dengan mertua

- Isteri mula merungut tak cukup makan

- Suami stress gaji kena potong

- Rumahtangga mula goyang

- Badan mula sakit sana sakit sini

- Badan dah tak fit

- Bawa kereta cepat mengantuk

- Hutang keliling pinggang

- Ah Long mula kejar

- Hubungan adik-beradik mula renggang


Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita.


Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya?


Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.


Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul.


Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”


Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik.


Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga.


Bertenanglah wahai jiwa yang diuji!


Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ahmad Dusuki: 


Umur kita ini semakin hari semakin meningkat. Bagi yang dah berusia 30/40an itu sepatutnya sudah bertambah lah kematangan dan pahala yang dikumpul sedari muda. Yang pasti kubur pun sedang melambai menanti jasad di tanam. Mengikut pandangan para ulama, usia kehidupan kita ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa. Awas ya kalau dah berusia 30/40an


Sudah tentu setiap satunya ‘menawarkan’ cabaran berbeza. Setiap daripada kita juga dianugerahkan rezeki usia berbeza, maka dengan rezeki itu, gunakanlah akan ia sehabis baik jangan sedikit pun terleka dibuai mimpi dunia


Sebagaimana firman Allah:


“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)


Umur kehidupan kita ini terbahagi kepada lima fasa. Dari kita dilahirkan kita akan menghadapi 99 ujian kematian. Bagi yang bernasib baik atau berusia 40an ke atas , mereka akan berjaya menghadapi semuanya hingga akhir dan ada sebaliknya iaitu dia tidak sempat lalu menemui ajal- Imam Ibnu al-Jauzirah.


Fasa pertama: kehidupan: Kita akan melalui zaman kanak-kanak iaitu dari dilahirkan sehinggalah mencapai usia awal remaja iaitu dalam usia 15 tahun.


Fasa kedua: Ini adalah ketika kita muda, iaitu antara umur 15 hingga 35 tahun.


Sebenarnya 30-35 tu dh tak berapa nak muda! Waktu ni kta kena all out berusaha! 


Sbb 35 tu kita dh kena mula bina keluarga, slow down urusan dunia dan mula dekatkan diri dgn belajar agama. 


Fasa ketiga: Kita menjadi manusia dewasa iaitu pada usia 35 hingga 55 tahun.


Fasa keempat: Kita meniti usia awal tua iaitu usia bonus berumur antara 55 hingga 70 tahun.


Fasa kelima: Ini adalah ketika kita berumur antara 70 hingga akhir hayat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Ini adalah usia double bonus kerana dipanjangkan usia.


Rezeki panjang umur ini bukan untuk diraikan dengan alpa. Apabila kita mencapai usia 20 hingga 40 tahun, ini adalah tempoh yang mana kita dikurniakan keenakan duniawi daripada Allah SWT.


Setelah mencapai usia 40 tahun, digalakkan membaca doa ini:


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”


Usia 40 an ke atas sebenarnya adalah masa yang sewajarnya kita bermuhasabah diri dengan lebih banyak kerana pada usia ini kita sudah pun berada di kemuncak pencapaian hidup; lebih stabil dan matang.


Dan oleh kerana itu, banyak hal yang kita perlu jaga dan lakukan untuk memperoleh kehidupan berkualiti dan sihat untuk usia kehidupan seterusnya. Kita mahu terus dapat beribadah dalam keadaan sihat dan waras.


Sebagai rujukan kita yang sudah capai usia 40 an ke atas, tidak rugi amalkan nasihat Emas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di bawah mulai hari ini.


Nasihat 1:

Lakukan urutan urat saraf 7 kali setahun. Amalan ini bagi melancarkan perjalanan darah. Lakukan berurut ini walaupun ketika kita tidak mengalami kesakitan saraf pun.


Nasihat 2:

Minum air kosong dengan banyak kerana kebanyakkan penyakit berpunca dari kekurangan air dalam badan.


Nasihat 3:

Rajin lah bersenam sekurang-kurangnya berjalan kaki atau menaiki tangga.


Nasihat 4:

Kawal nafsu makan dengan mengurangkan kuantiti pengambilan makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.


Nasihat 5:

Kawal rasa amarah dan jangan terlalu fikirkan perkara yang boleh menggusarkan. Tiba masa kita memperbanyakkan redha dan melupakan perkara yang tidak penting.


Nasihat 6:

Sepanjang lebih 20 tahun kita telah kuat bekerja, kini biarkan harta kita pula berbakti untuk kesenangan kita.


Nasihat 7:

Lupakanlah dendam dan kisah silam yang menyakitkan hati. Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.


Nasihat 8:

 Banyakkan bergurau-senda dengan ahli keluarga, rakan, jiran dan kenalan. Ini akan membantu kita untuk kurangkan tekanan dan dapat menikmat hidup dengan pergaulan yang harmoni.


Nasihat 9:

Perbanyakkan luang masa untuk Allah. Tambahkan ilmu agama dan banyakkan ibadat kerana pada usia ini kita semakin cepat menuju kepada-Nya.


Nasihat 10:

Perbanyakkan bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan Allah. Semoga sahaja pahala kebaikan ini dapat membantu kita di akhirat kelak. InsyaAllah.


Nasihat 11:

Amalkan makan makanan sunnah. Ingat, dalam usia begini, pelbagai penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang. Hari ini, harga sebuah kesihatan cukup mahal. Ada duit banyak sekalipun, kalau tidak sihat, ia tidak akan memberi makna. Duit banyak dihabiskan untuk rawatan dan ubatan.


Janganlah lagi kita disibukkan dengan urusan dunia pada usia 40 an ke atas ini Janganlah kita lalai lagi kerana kita tidak tahu adakah esok masih ada lagi untuk kita. 


Oleh itu, tumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh membawa kita ke jalan yang diredhai Allah. Kita ingin mempersiapkan diri


Benar...

Credit: Imam Muda Hassan

Jiwa Tenang

.

.

.