Selasa, 26 November 2013

ibarat anjing gila menyalak bukit


PART A - Cina Johor langgar titah Sultan:
1.DAP Johor Dr Boo Cheng Hau hasil pilihan Melayu Skudai telah memberi arahan kepada Sultan Johor bahawa Sultan Johor perlu mengambil kira pandangan rakyat cina Johor di sektor swasta terlebih dahulu kerana katanya ia akan memberi kesan kepada orang cina dalam pelbagai aspek.

2.Menurutnya Dr Boo Cheng Hau hasil pilihan Melayu Skudai ini berkata penukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu dilihat akan memberi kesan kepada aspek ekonomi rakyat cina Johor.

3.“Pendirian DAP Johor adalah kami orang cina akan tunggu dan lihat kesan ke atas pertukaran hari cuti minggu atas ekonomi Johor kerana kita mahu Johor mengikut sistem dan cara cara Lim Guan Eng memerintah Pulau Pinang dan cara Lee Kuan Yew mengendalikan Singapura. Pandangan rakyat cina Johor disektor swasta perlu diambil kira kami juga sudah membayar cukai. Jadi seharusnya pemerintah perlu mengikut suara kami yang tidak pernah lupa dalam pembayaran cukai" -kata Dr Boo Cheng Hau hasil pilihan Melayu Skudai.

4.Disekitar laman sosial, beberapa pemerhatian terhadap pengguna cina menyatakan mereka tidak bersetuju terhadap titah Sultan Johor kerana mereka sudah membayar cukai tetapi Sultan Johor tidak mendengar kata kata orang cina.


PART B - Cina Selangor langgar titah Sultan:
1.Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah, menitahkan kepada seluruh rakyat Selangor baik Islam dan juga bukan Islam bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada orang Islam dan bukan Islam harus mengelak daripada menggunakannya. Sultan Selangor berkata ini untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan Islam dan bukan Islam. Oleh itu, beliau menyeru rakyat Selangor untuk menghormati dan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Selangor mengenai perkara itu.

2.Sejurus selepas Fatwa Selangor dan Titah Sultan dikeluarkan, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dengan tiba-tiba membantah titah Sultan Selangor dan menyatakan pendiriannya adalah sama seperti DAP iaitu seperti mana DAP mahu kalimah 'Allah' digunakan, seperti itu juga MCA mahu kalimah 'Allah' diguna oleh mereka dalam bible bahasa Melayu untuk digantikan dengan God. Mereka tidak God digantikan dengan Tuhan, tetapi God perlu digantikan dengan Allah. MCA seperti memberi bayangan bahawa tidak mengapa jika parti cina iaitu MCA dan DAP adalah berlainan, tetapi dalam isu ini kami boleh besama sama bersatu dalam menentang Sultan Selangor.

3.Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong berkata:
"Saya rasa ianya adalah okay. Sultan Selangor seharusnya perlu membenarkan orang-orang bukan Islam di Selangor untuk menggunakan perkataan itu. Mengapa tidak? Kerana kami telah memberi penjelasan sebanyak dua muka surat. Asalkan sudah ada penjelasan jadi terima sahaja lah" katanya Ketua Pemuda MCA yang menyokong perjuangan DAP dalam isu kalimah Allah.

4.Naib Presiden MCA pula Gan Peng Sieu menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "jahil tentang kepentingan negara "

5.Ahli jawatankuasa MCA Loh Seng Kok pula berkata:
"Allah tidak "dimonopoli" oleh mana-mana kaum atau agama, kerana orang Kristian di Timur Tengah dan negara-negara Arab juga menggunakannya"

6.Barisan peguam DAP pula menambah:
"Apabila anda bercakap tentang penggunaan perkataan ' Allah ', ia adalah satu bentuk ungkapan. Jadi ia adalah satu sebab bahawa titah Sultan bukan diikat oleh perlembagaan atau undang undang tetapi sebenarnya kuasa perlembagaan dan undang undang adalah suatu kuasa yang dimiliki oleh Parlimen sahaja, jadi tidak ada masalah untuk melanggar titah Sultan"

7.Disekitar laman sosial, beberapa pemerhatian terhadap pengguna cina menyatakan tidak ada masalah untuk menggunakan perkataan Allah didalam bible Melayu, asalkan cukai sudah dibayar jadi ia tidak melanggar peraturan. Kerana ini adalah hak sesorang apabila sudah membayarnya.

Sumber Cina Johor:
http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-sokong-dap-minta-kaji-kesan-1.223809 

Sumber Cina Selangor langgar titah:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/11/15/allah-issue-wee-disagrees-with-sultan/

Sumber Peguam DAP sokong langgar titah:
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/selangor-sultans-allah-decree-not-legally-binding-lawyers-say

♥♥♥ :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT Navigate jasin ::. ツ ♥♥♥

-sahabatmu aiman-

Jumaat, 22 November 2013

Dakwah Dan Jihad - Ya Allah ampuni kekhilafan hambamu ini...

Kisah tauladan ini adalah perkongsian dari laman fuh.my. Semoga ianya memberi pengajaran dan kesedaran buat kita yang beragama Islam. Renung-renungkan..
———————————
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.
“He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan…
Assalamu’alaikum… Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah… Kenapa kau tanya macam tu?
Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham… diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal… sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
♥♥♥ :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT Navigate jasin ::. ツ ♥♥♥

-sahabatmu aiman-

Ahad, 17 November 2013

Malaysia Merupakan Negara Ke-3 Aktif Gejala Homoseksual


Malaysia Merupakan Negara Ke-3 Aktif Gejala Homoseksual - Terdapat lebih 30 000 gay Melayu di Malaysia?



| Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak agresif membendung gejala homoseksual atau gay di kalangan lelaki Melayu termasuk golongan eksekutif diyakini berjumlah puluhan ribu orang.

Malah, pegawai Jakim turun padang mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa persatuan gay baru-baru ini selain melakukan tugas dakwah di pusat hiburan yang menjadi sarang kumpulan seks songsang ini.

Sumber berkata, melalui perbincangan khas itu, Jakim mendekati golongan gay dan berusaha memujuk mereka menyertai program mukhayyah yang diyakini mampu membawa golongan ini ke arah keinsafan.

“Pada pertemuan membabitkan lebih 20 ketua kumpulan gay Melayu, Jakim memujuk mereka menyertai program khas diatur. Walaupun majoriti tidak bersetuju, namun masih ada segelintir berminat menyertai program.

“Apa yang pasti kegiatan gay di Malaysia seolah-olah disokong gerakan khas yang berusaha menyebarkan ideologi menjadikan ia tidak ubah seperti di negara Barat,” katanya.


Difahamkan gerakan sulit kumpulan gay dikesan melanda bandar raya Kuala Lumpur selain Sarawak dan beberapa negeri lain.

Golongan ini termasuk pekerja profesional turut menjadi antara teramai menghidap HIV dan Aids yang mendapat rawatan di hospital kerajaan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata kakitangan jabatannya serius menangani gejala gay seperti mendekati golongan mak nyah sejak awal tahun ini.

Menurutnya, program pemulihan khusus untuk golongan homoseksual sedang diatur dan pihaknya cuba memujuk mereka menyertai program itu.

“Golongan gay bukan seperti mak nyah atau pondan yang mudah dikenali berdasarkan bentuk fizikal. Mereka mempunyai penampilan lelaki normal, namun kecenderungan seksual songsang.

“Kami cuba mendekati golongan ini dengan memasuki beberapa kelab gay terkemuka di ibu kota dan beberapa bandar raya lain sebagai kerja dakwah,” katanya.
Menurutnya, tambah membimbangkan golongan gay tidak hanya membabitkan mereka yang berusia pertengahan tahun, malah disertai remaja dan berusia lebih 50-an.

“Jika dulu kegiatan gay dilakukan selindung, kini ramai berani mengisytiharkan diri sebagai gay melalui blog dan facebook selain menganjurkan pesta khas,” katanya.
Menurutnya, Jakim tidak pernah memandang hina golongan ini sebaliknya menganggap gay Melayu pesakit yang perlu rawatan.

“Saya difahamkan ramai bersetuju mengikuti program pemulihan bakal dikendalikan Jakim tidak lama lagi. Ia dianggap satu langkah awal positif,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata gejala warisan kaum Nabi Lut itu kian serius dengan adanya kemudahan teknologi perhubungan yang semakin canggih.

Menurutnya, blog, laman web sosial seperti twitter dan facebook dijadikan pengantara oleh kumpulan gay Melayu ini untuk aktif dan mengumpulkan seramai mungkin ahli.

“Mungkin ramai pihak tidak menyedari bahaya kebangkitan golongan dilaknat ini namun ia sedang merebak dan boleh merosakkan generasi muda Islam,” katanya.

Menurutnya, tindakan drastik perlu dilakukan bagi memerangi golongan ini termasuk golongan lesbian dan mak nyah yang menggambarkan kelemahan umat Islam negara ini.

P/S: Nauzubillah.. jangan lah terjebak dengan amalan songsang ini. Dilaknat oleh Allah nanti...
♥♥♥ :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT NovaTech ::. ツ ♥♥♥

-sahabatmu aiman-

Perangkap Nyamuk - Kitar Semula, Jimat Dan Hijau

Adakah rumah anda memerlukan sebuah perangkap nyamuk untuk mengelakkan anda kehabisan darah?
Jika ya, mari cuba peragkap yang mampu anda bina dari rumah sendiri. Malah, ia lebih menjimatkan daripada
anda membeli sebotol ridsect nyamuk dipasaran.

Apa yang kita perlukan ialah:
200 ml air
50 gram gula perang (gula merah)
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya )
1 botol plastik 2 liter
Bagaimana caranya:
1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher.
2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di       separuh bahagian bawah botol.
3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.                   (Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)
4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah         anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.
Di samping membersihkan rumah, tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam sekolah, taska, hospital, kedai, ladang, dan lain-lain.

(Kalau tak pasti, untuk lebih jelas membuat perangkap nyamuk ini, lihat gambar di bawah ini, sebagai panduan.)

♥♥♥ :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT Navigate jasin ::. ツ ♥♥♥

-sahabatmu aiman-

Kitab Suci Panduan

Mengenal 4 Buah Kitab

Kitab Taurat

Kitab Taurat telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dalam bahasa Ibrani. Dalam 
Kitab Taurat ini terkandung hukum syarak dan keyakinan yang betul. Ia juga menerangkan bahawa 
seorang nabi akhir zaman (Muhammad s.a.w.) akan lahir dari keturunan Nabi Ismail a.s. Kitab Taurat 
yang asli tidak ditemui lagi pada masa sekarang kerana isinya telah ditokok tambah oleh 
orang-orang yahudi.

Kitab Zabur

Kitab Zabur telah diturunkan oleh Allah s.e.t. kepada Nabi Daud a.s. dalam bahasa Qibthi. Kitab 
Zabur tidak mengandungi hukum perundangan. Kandungannya hanya mengenai perkhabaran, 
cerita, zikir, doa serta hikmah-hikmah. Oleh sebab itu Nabi Daud tidak mempunyai syariat tersendiri, 
ia dan umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Mus

Kitab Injil

Kitab Injil diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Isa a.s. dalam bahasa Suryani. Diantara 
kandungannya yang utama ialah menyeru umat manusia agar mengEsakan Allah s.w.t. Kitab Injil 
juga memberitakan akan kelahiran seorang nabi dan rasul diakhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. 
Orang-orang Yahudi telah mengingkari akan kebenaran Allah s.w.t. Mereka telah menghimpunkan 
kitab-kitab ini menjadi satu yang diberi nama "bible" kemudian mereka ubah isi kandungannya 
mengikut kehendak hati mereka agar berkesesuaian dengan kehidupan mereka seharian. Bible ini 
terbahagia kepada dua bahagian besar. Pertama bahagian Taurat yang dinamakan dengan 
Perjanjian Lama (Old Testament). Kedua bahagia Injil yang dinamakan dengan Perjanjian baru 
(New Testament).

Kitab Suci Al Quran

Kitab suci Al Quran adalah sebuah kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 
Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di dalam Al Quran mengandungi hukum-hukum serta 
peraturan yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia, sama ada untuk mencapai 
kemakmuran hidup di dunia mahupun untuk kebahagiaan hidup di akhirat. Ajaran yang disampaikan 
di dalam Al Quran sesuai untuk seluruh umat manusia dipermukaan bumi ini tidak kira bangsa dan 
keturunannya. Ajaran yang termuat di dalam Al Quran lengkap dan sempurna, ia tidak akan berubah 
dan kekal selama-lamanya bahkan ia tetap dipelihara oleh Allah s.w.t...
 
♥♥♥ :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT Navigate jasin ::. ツ ♥♥♥

-sahabatmu aiman-

Sabtu, 16 November 2013

PEKIDA MALAYSIA... Amar Makruf Nahi Mungkar

Biar betul..?
sozcyili.blogspot.com mengidam sgt publisiti murahan... persatuan dikatakan "geng"... mcm kebulur je nak jd ayahanda pn ada aq tengok... apekah c baghal ni ingat join pekida ni dapat belt power rangers ke..? Bila hidup tiada perjuangan... jadilah kau lalang... halal haram tak kau pandang... nilaimu hanya wang...
Bila org luar sembang n' membonggak sesuka tekak... Kajian ni ada taw ker Jihad Ekonomi tu ape...

***Menarik juga info neh. Patutlah tingkah laku sesetengah dari mereka dilihat agak berbahaya dan provokasi melampau. Mohon geng2 PEKIDA baca dan ulas serba sedikit tentang hasil kajian kat bawah neh, boleh?


Point penting ;

1. Pekida adalah antara rangkaian yang berkaitan dengan militan politik.

2. Ia sebagai salah satu cara untuk halalkan aktiviti tertentu, untuk halalkan dana kepada mereka dan juga untuk memberikan sokongan politik kepada pihak tertentu.

3. Objektif utama PEKIDA ialah, kuasa, wang dan keuntungan.

4. Kajian tersebut membayangkan yang ahli2 PEKIDA terlibat dalam kegiatan haram. Dan juga bersifat GANAS.

Patutlahhhh


Harap ahli2 PEKIDA yang baca neh jangan sentap dengan maki hamun, meroyan, mengamok, ataupun peluru dan sebagainya. Baca elok2 dan bidas pun elok2. Kalau bidas cara kasar ia seolah2 membuktikan kajian kat bawah neh errr BENAR?


Hehe..***



Berdasarkan kepada kajian yang dijalankannya selama lima tahun di Malaysia, Pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere berkata NGO Pekida atau Tiga Line merujuk kepada kesetiaannya kepada orang Melayu, raja dan Islam.

Katanya, ini dapat dilihat dalam simbolnya  yang berwarna merah (untuk darah), kuning (raja ) dan hijau (Islam).
convertion forum protest 090807 gpms (left) pekida (right)Lemiere berkata berdasarkan temubualnya yang luas dengan 
anggota-anggotanya dan carian di internet, kumpulan seperti Pekida adalah satu rangkaian kompleks NGO yang diwujudkan oleh kumpulan yang berkaitan dengan militan politik.


Pekida, menurut kajian Sophie,  adalah nama generik yang digunakan untuk menggambarkan satu rangkaian kompleks kumpulan dan NGO.

Pada hakikatnya, tegas beliau, nama Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah.
180910 pekida burn bar council banner sosilawatiLemiere berkata mungkin ada kumpulan lain yang menggelar diri mereka Pekida tetapi di bawah nama lain juga atau mungkin tiada kaitan dengan Pekida .

Menurutnya, dua tanggapan utama yang akan diketengahkan adalah cabaran biasa bagi mana-mana kumpulan untuk terus hidup dan cara terbaik untuk menjamin survival adalah melalui kuasa dan wang.

'Kuasa dan wang jadi pendorong '


Katanya, objektif utama kumpulan itu adalah kuasa, keuntungan dan wang, yang membayangkan bahawa ahli-ahli terlibat dalam kegiatan haram, dan boleh menggunakan tahap keganasan yang berbeza.
Cita-cita asasnya, tegas Lemiere, ialah sering membentuk semula di segi ideologi bagi memudahkan pengambilan anggota, gabungan kumpulan dan mewajarkan penggunaan keganasan.

Kelestarian kumpulan itu dipastikan dengan menyesuaikan diri kepada perubahan politik dan sosial. Identiti kumpulan boleh berubah mengikut peluang yang wujud.
Sophie Lemiere Pekida forumLemiere (kiri) berkata, situasi politik yang berada dalam peralihan adalah baik kepada pembangunan kumpulan-kumpulan tersebut dan membuka peluang untuk menjalin hubungan dengan parti-parti politik. Dalam konteks ini, katanya, kumpulan-kumpulan itu boleh menjadi usahawan politik, atau militan secara diam-diam, kepada sesiapa di mana tindakan politik disubkontrak untuk mengekalkan kuasa politik.

Menurut Lemiere, ia umpama seekor sumpah-sumpah yang marah, yang boleh bertukar warna dan bentuk pada bila-bila masa,  tetapi sentiasa kekal dengan potensi ganas.

Lemiere, yang baru sahaja menerima PhD beliau dari Sciences-Po (L'Institut d'études politiques) Paris tentang pergerakan etno- nasionalis dan Islam di Malaysia, kini berada di Pulau Pinang untuk membentangkan kertas kerjanya di Universiti Sains Malaysia , semalam.

Kertas kerjanya  yang bertajuk 'Gangsters and Masters: Connivance Militancy in Contemporary Malaysia', adalah berdasarkan kajian dari tahun 2008 hingga April tahun ini.

Lemiere berpejabat di Singapura dan ahli gabungan Institut Penyelidikan Asia  di Universiti Nasional Singapura. 

Hasil Kajian Dedah PEKIDA Ada Kaitan Dengan Militan.


Cara Menyembuhkan Hati Yang Hiba

Setiap manusia yang dijadikan Allah dibekalkan dengan akal dan emosi agar manusia boleh menjalankan kehidupan dengan sebaik yang mungkin. Emosi perlu dikawal oleh akal dan akal pula perlu dikawal oleh iman. Jika ketiga-tiga ini ada di dalam diri manusia, maka sudah pasti ia akan menjadi manusia yang baik dan soleh. Bergantung kepada cara individu tersebut untuk mengawal emosinya agar tidak keterlaluan dan sentiasa berada dalam keadaan normal. Emosi yang hanya berpandukan kepada akal semata-mata akan menjadi sesat dan jauh menyimpang dari ajaran Islam. Contoh yang dapat kita lihat sekarang seperti ramai umat Islam yang sanggup membunuh diri kerana kekecewaan yang sangat. Ada pula yang sanggup membunuh atau mencederakan orang lain kerana terlalu marah. Tetapi apabila ia dikawal oleh akal dan iman sudah tentu orang yang sedih akan pasrah kerana ia tahu bahawa itu adalah ketentuan Allah dan setiap perkara itu ada hikmah disebaliknya.

Hati yang hiba tidak boleh kita hapuskan dan ia merupakan sebahagian daripada emosi yang telah dianugerahkan kepada manusia. Caranya untuk mengawal hati yang hiba ini ialah kembali kepada Islam seperti yang saya tegaskan di atas. Islam mempunyai penawar yang mujarab bagi mengubati segala penyakit manusia sama ada rohani atau jasmani. Hal ini sangat berbeza dengan agama-agama yang lain kerana mereka tidak ada asas pembinaan rohani kepada setiap umat mereka.

Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah ubat yang sangat mustajab kepada manusia bagi menghilangkan perasaan hiba dan segala penyakit hati dan jasad. Setiap orang yang membaca Al-Quran akan menjadi tenang dan Allah akan memberikannya jalan keluar atas segala kesulitan yang dihadapi olehnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Al-Isra : 82)

Seorang lelaki datang berjumpa dengan Ibnu Mas’ud. Dia mengeluh dan berkata “Wahai Ibnu Mas’ud nasihatilah aku dan berilah penawar untuk jiwaku yang gelisah ini, aku tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiran aku bercelaru. Ibnu Mas’ud menjawab “kalau begitu bacalah Al-Quran atau engkau mendengar orang membaca Al-Quran.

Mengunjungi Tempat Pengajian

Mengunjungi tempat pengajian juga merupakan cara untuk mendidik jiwa agar mengenali dan sentiasa mengingati Allah. Tidak rugi orang yang sentiasa mengunjungi tempat pengajian, kerana di dalam pengajian tersebut dipenuhi dengan nasihat, ilmu, ayat-ayat Al-Quran dan hadis. Ini bertujuan untuk mendidik nafsu dan emosi kita agar sentiasa bertindak mengikuti kehendak Allah dan tidak menyalahi syarak. Menuntut ilmu adalah amalan yang sangat baik dan sangat dituntut oleh Islam dan ia juga merupakan fardu ain bagi sekalian umat Islam.

Telah Berkata Muadz bin Jabal : “Pelajarilah Ilmu, karena mempelajari ilmu merupakan bentuk Khosyah (takut) kepada Allah, Menuntutnya adalah ibadah dan mempelajarinya secara bersama-sama adalah tasbih”.

Jelas di sini, orang yang rajin menuntut ilmu atau menghadiri kelas-kelas pengajian ilmu, seolahnya ia sentiasa bertasbih dan berzikir kepada Allah. Segala kepayahan, kesukaran dan kesedihan yang dihadapi olehnya akan terubat dan ia tahu bagaimana untuk bertindak sesuai dengan tuntutan Islam. Ini berbeza dengan orang yang tidak menuntut ilmu, kerana mereka sering melakukan kesalahan dalam tindakan mereka dan kadang-kadang ibadah yang dilakukan juga silap. Perkara sebegini sangat bahaya dan sangat merugikan orang yang tidak berilmu.

Sentiasa Berzikir

Untuk menghilangkan perasaan hiba yang dialami oleh seseorang, maka hendaklah ia sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Perasaan hiba ini berlaku apabila hati seseorang itu terluka. Untuk merawat hati yang terlupa memerlukan suatu kaedah yang rohaniah dan tidak boleh menggunakan ubat-ubatan farmasi atau klinik. Zikir adalah ubat yang sangat mustajab dan sangat mempengaruhi hati seseorang yang selalu berzikir.

Jika ia berjalan tersepak batu mulutnya terus menyebut “Allah Akbar”, setelah kekenyangan dia menyebut “Alhamdulillah”, apabila ia terperanjat atau melihat sesuatu yang menakjubkan dia menyebut “Subhanallah”. Inilah yang dikatakan orang yang memiliki hati yang hidup dan sentiasa mengingati Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Rad : 28)

Mengerjakan Solat

Solat merupakan ibadah yang paling penting di dalam Islam, tanpa mendirikan solat! ibadah lain juga turut ditolak. Jadi kita sebagai umat Islam, jangan sesekali mensia-siakan amanah yang diperintahkan Allah ini pada setiap hari dan waktu, walaupun sibuk dengan tugasan harian, namun solat sesekali tidak pernah ditinggalkan. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”. (Riwayat Baihaqi)

Berkata Dr. Musfir Bin Said Az-Zahrani bahawa solat adalah satu nama yang menunjukkan adanya ikatan yang kuat antara hamba dengan Tuhannya. Dalam solat, hamba seolah berada di hadapan Tuhannya dan dengan penuh kekhusyukannya memohon banyak hal kepadaNya. Perasaan ini akhirnya boleh menimbulkan adanya kejernihan spiritual, ketenangan hati dan keamanan diri di kala ia mengerahkan semua emosi dan anggota tubuhnya mengarahkan kepadaNya dengan meninggalkan semua kesibukkan dunia dan permasalahannya. Pada saat solat ia boleh sepenuhnya memikirkan Tuhannya tanpa ada interaksi dari sesiapa pun hingga pada saat itulah ia merasakan ketenangan dan akalnya pun seolah menemukan waktu rehatnya.

Jelas di sini, bahawa solat adalah sebahagian dari terapi yang boleh mengubati jiwa seseorang yang berada di dalam keadaan hiba. Semasa mendirikan solat, seseorang itu harus mengosongkan jiwa dan raganya untuk member sepenuh tumpuan kepada Allah. Segala yang berlaku sebelum solat telah diredhokannya kerana ia hendak memfokuskan seluruh hatinya kepada solat dengan harapan mendapat khusyuk kepada Allah. Secara tidak langsung, kita tidak mempunyai perasaan iri hati dan dendam kepada sesiapa yang melakukan masalah kepada kita kerana telah redho kepada ketentuan dan ketetapan Allah. Dua perkara yang dapat kita hindar setelah menunaikan solat iaitu perasaan hiba atau kecewa dan perasaan ingin melakukan kejahatan yang jelas dilarang oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Al-Ankabut : 45)

Amat rugi bagi orang yang mendirikan solat secara sambil lewa tanpa ada semangat untuk melaksanakan solat dengan baik sepertimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Solat yang tidak sempurna diibaratkan seperti kain buruk dan kain itu akan dicampakkan oleh Allah ke muka kita apabila dihari perhitungan nanti.

Bersangka Baik Kepada Orang

Salah satu sifat yang disarankan oleh Islam ialah bersangka baik kepada orang lain (husnuzon) dan ia adalah salah satu dari sifat mahmudah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Punca timbulnya rasa tidak tenang kepada orang lain adalah kerana kita mempunyai perasangka yang tidak baik kepada orang lain sehingga menyebabkan hubungan kita dengan orang tersebut tidak selesa. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Sikap berbaik sangka ada banyak kebaikannya di antara diri kita dan orang lain. Orang yang berbaik sangka sentiasa mudah untuk menerima orang lain di dalam kehidupannya walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa pertalian darah darinya. Walaupun begitu, dia menganggap orang lain seperti saudaranya yang dekat dan sentiasa mudah untuk membantu dan menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain. Malah inilah perkara yang dianjurkan oleh Islam, kerana setiap umat Islam itu adalah bersaudara. Ibarat tangan kanan dicubit tangan kiri juga turut merasai kesakitannya.

Selain dari itu, hubungan persaudaraan sesama Islam menjadi lebih baik dan lebih inteam di antara satu sama lain. Ini berlaku adalah disebabkan oleh perasaan yang bebas dan hati yang terbuka dari sebarang sikap dan sifat yang buruk terhadap saudaranya yang lain. Segala kesalahan dan teguran dari orang lain akan dinilai olehnya dengan positif, jika teguran itu baik menuruti lunas-lunas undang-undang Islam akan diterimanya dengan tenang. Manakala yang tidak menepati kehendak Islam akan ditolaknya dengan alasan yang baik dan terbuka. Sekiranya orang lain melakukan kesalahan kepadanya seperti mencerca dan menyakiti hatinya, ia akan segera memaafkan orang tersebut dan diubati kesakitannya dengan zikir dan mengingati Allah.

Penutup

Segala garis panduan yang diberikan di sini, boleh mengubati perasaan yang hiba itu, kerana hati yang hiba tidak boleh diubati dengan ubat, ia mesti diubati dengan rawatan rohani yang hanya terdapat di dalam agama Islam sahaja. Islam meliputi semua aspek iaitu rohani dan jasmani dan merupakan pelengkap kepada kehidupan manusia. Setiap apa yang berlaku kembalilah kepada agama Islam, nescaya Islam itu mempunyai kaedah yang tersendiri dan mampu mengubati seluruh penyakit yang ada pada manusia. Selain itu, segala ibadah yang dilakukan dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan menjadikan kita seorang hamba yang baik dan soleh. Hal ini semua boleh diperolehi, jika segala ibadah dilakukan dengan sebaik yang mungkin seperti ikhlas dan tanpa ada apa-apa perasaan sebaliknya.
 
♥♥♥ :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT Navigate jasin ::. ツ ♥♥♥

-sahabatmu aiman-

Rabu, 13 November 2013

Inilah 12 Kaum Yang Dibinasakan Oleh Allah... Semoga menjadi iktibar!!!



Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Yang berikut ialah kaum yang dibinasakan.
Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).

Kaum Nabi Hud

Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

Kaum Nabi Saleh

Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).

 Kaum Nabi Luth

Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).

Firaun

Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt

Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).

Ashab al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).

Ashab al-Ukhdudd

Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).

Ashab al-Qaryah

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).

Kaum Tubba’

Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).

Kaum Saba

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).


♥♥♥ :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT Navigate jasin ::. ツ ♥♥♥

-sahabatmu aiman-

Isnin, 11 November 2013

Kalimah Allah - Demi Islam (aq yakin sejarah dr Al-Quran)

Salam Ukhwah... Pada mulanya post ini nk wat cp je... tp... sakit pulak ati ni baca artikel klpost(malaysian insider) yg berbau barua yahudi... isu kalimah Allah yg ditimbulkan sebagai usaha penyesatan generasi islam... Si moron Reza Aslan ni sape ye..? Teologi tu binatang ape erk..? Kerajaan Malaysia ni dah kenape... 1 negara yg ada 2 undang-undang ke... Yg paling lucu, Malaysian Insider ni dok rujuk si Aslan lalang yg xde pendirian dan ada rekod tukar-tukar agama... Yg aq paling konpius, barua yahudi ni bila nak ditutup oleh penguatkuasa agama Islam Malaysia... Ingatlah wahai saudara Islamku, musuh utama Yahudi adalah Islam... kambing hitamnya pula Kristian dan batu nerakanya Syiah(agama ciptaan Yahudi)... manakala cina komunis yg racist pula adalah tenteranya yg dilengkapi ilmu undang-undang untuk merobek iman saudara-saudara Islam yg setipis kulit bawang... Dimankah Malaysia jika ingin mengikut kata dan pandangan dunia yg bersungguh ingin melihat kita porak-peranda... dengan ini saya ingin memohon supaya Malaysian Insider ditutup dan menyeru Jutawan Islam untuk memfailkan saman dari penghinaan yg dibuat oleh Malaysian Insider seperti petikan dibawah...

"Keputusan tersebut bukan sahaja menghalang penganut Kristian menggunakan kalimah itu, tetpai kalimah itu juga dilihat sebagai ancaman kepada Islam. Rakyat Malaysia (umat Islam) bodoh sekiranya mendengar penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, mereka akan memeluk agama Kristian,” kata penulis buku terbaru berjudul Zealot, biografi Nabi Isa.
*(Hakikatnya si musibat andang ni pernah beragama Kristian dan kembali kepada islam setelah sedar yg Kristian sekarang ni adalah agama yg dipesongkan)
*sekadar renungan : Paderi boleh mengampunkan Dosa..? senang la mcm tu, xpayah Hisab... terus ke neraka bersama Yahudi dan Kafir Lahanat... Kesian kulihatmu, tiada Hidayah dr Allah...


*Inilah rupa 'teologi kumbahan' yg dijadikan rujukkan Malaysian Insider yg Super Moron....
Menggelar keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah oleh satu “tragedi”, ahli teologi , Reza Aslan (gambar) berkata, Malaysia terlepas peluang untuk memaparkan ia adalah sebuah negara Islam yang sederhana di mata dunia.
“Malaysia memilih untuk terjebak ke dalam kancah konflik agama meskipun terdapat peluang untuk menunjukkan kepada dunia bagaimana umat Islam dan Kristian boleh hidup dengan harmoni dalam negara majoriti umat Islam,” katanya dalam satu kiriman email kepada The Malaysian Insider.
Beliau menggambarkan keadaan ini sebagai memalukan dan mengecewakan kerana konflik di Timur Tengah di antara umat Islam dan Kristian semakin buruk.
“Ini mungkin tragedi terbesar dalam keputusan mahkamah,” katanya  merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang menghalang akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan kalimah Allah.
Penulis buku terlaris, No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam itu sebelum ini pernah mengkritik keputusan mahkamah dengan menyifatkan kalimah Allah berasal daripada istilah Arab merujuk kepada Tuhan, sebarang Tuhan.
“Allah berasal dari perkataan al-Ilah. Itu asal perkataannya,” katanya dalam satu wawancara bersama Radio BFM pada Isnin.
“Al-Ilah bermaksud Tuhan. Allah bukan nama Tuhan. Sesiapa yang fikir Allah adalah nama Tuhan bukan sahaja silap tetapi bertentangan dengan Al-Quran itu sendiri. Ia tidak benar jika mengatakan Allah mempunyai nama,” katanya.
Isu kalimah Allah mencetuskan perdebatan antarabangsa di antara sarjana Islam dan ulama dengan ramai yang berasa hairan dengan keputusan mahkamah kerana kalimah itu digunakan oleh penganut Kristian dan Yahudi merujuk kepada Tuhan sejak sebelum kedatangan Islam.
“Hanya satu penyelesaian untuk isu ini. Batalkan keputusan itu,” katanya senada dengan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman yang turut menggesa Menteri Dalam Negeri menarik balik arahan kementerian pada 1986 melarang kalimah itu digunakan oleh penerbitan bukan Islam.
Aslan mengulangi pendiriannya bahawa keputusan mahkamah itu tidak lebih daripada pendirian politik yang mengakibatkan keputusan itu lebih memalukan.
“Saya faham dengan amalan politik mahkamah (di Malaysia), bukan satu badan bebas dan mengikut telunjuk parti pemerintah.
“Keputusan mahkamah yang berpura-pura untuk melindungi rakyat Malaysia sebenarnya lebih terdorong kepada pengaruh politik,” katanya menerusi kiriman email tersebut.
Aslan dilahirkan sebagai Islam pernah memeluk agama Kristian yang kemudiannya kembali kepada Islam beberapa tahun kemudian.
Beliau mendapat kritikan masyarakat dengan ada pihak yang mempersoalkan latar belakang dan kredibilitinya untuk berbicara tentang kalimah Allah.
“Itu yang menjadikan saya lebih berhak untuk memberikan komen berhubung pengunaan kalimah Allah oleh umat Islam dan Kristian.
“Dalam kes tertentu, kepakaran saya tidak dinilai daripada latar belakang agama.
“Ia perlu dinilai daripada latar belakang akademik saya sebagai sarjana agama dan pakar dalam Islam,” katanya.
Beliau memiliki ijazah agama, sarjana dalam pengajian teologi dari Harvard dan Seni Halus.
Aslan turut menerima ijazah doktor falsafah dalam sosiologi dengan memfokuskan sejarah agama.
Beliau juga adalah profesor pelawat di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Iowa.
Aslan mendapat perhatian apabila beliau mengecam pihak yang mendakwa akidah umat Islam akan tergugat sekiranya penganut Kristian menggunakan kalimah Allah.
“Ini menunjukkan umat Islam di Malaysia perlu dilindungi oleh mahkamah kerana tidak boleh berfikir dan membuat keputusan sendiri. Kami sedang mentertawakan anda.
“Keputusan tersebut bukan sahaja menghalang penganut Kristian menggunakan kalimah itu, tetpai kalimah itu juga dilihat sebagai ancaman kepada Islam. Rakyat Malaysia (umat Islam) bodoh sekiranya mendengar penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, mereka akan memeluk agama Kristian,” kata penulis buku terbaru berjudul Zealot, biografi Nabi Isa.
Aslan berkata, beliau menerima sejumlah email daripada rakyat Malaysia yang bersetuju dengan pandangannya.
“Saya telah menjangkakannya. Malaysia merupakan negara moden, membangun, pluralistik dan demokrasi. Orangnya juga baik, berkesedaran tinggi dan maju, menurut sumber The Malaysian Insider.
“Malaysia tidak perlu diberitahu bagaimanapun keputusan itu memberi kesan kepada Malaysia di luar negara. Mereka mengetahuinya,” katanya...



♥♥♥ :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT Navigate jasin ::. ツ ♥♥♥

-sahabatmu aiman-
*WishUmyNakama*