Jumaat, 26 November 2021

7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab

 Rezeki Allah itu luas…

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.


Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki? Amalkan 7 zikir di bawah:

1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

"Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah". (HR. At-Tabrani)


2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

"Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur." (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)


3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

"Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


4. Membaca Surah Al-Ikhlas

"Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)


5. Membaca Surah Al-Waqi'ah

"Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat."

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)


7. Melazimkan beristighfar

"Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)


Juga, amalkan membaca doa murah rezeki ini:


Ya Allah,

Berikanlah kepada kami rezeki yang luas

Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami

Ya Allah,

Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah

Jika ada di bumi maka keluarkanlah

Jika jauh maka dekatkanlah

Jika dekat maka mudahkanlah

Jika sedikit maka banyakkanlah

Jika banyak maka berkatilah

Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.


Ya Allah,

Kabulkanlah doa kami

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Semoga Allah memakbulkan doa kita semua. Semoga bermanfaat InsyaAllah. :)

Selasa, 16 November 2021

Alhamdulillah jiwa tenang

Menjejak usia 30an/40an.. tentu kita memilih utk lebih relex2 je. Lagi yg dh capai 40an, boleh dah perlahankan Urusan Duniawi, baiki amalan, dekatkan diri pd yg Esa, dh blh fikir tentang Akhirat. 


Usia 30 Tahun Hingga Usia 39 Tahun Adalah Waktu Kemuncak Ujian Hidup


Waktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk study, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri.


Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan family. 


Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:

- Kereta mula meragam

- Rumah mula nak bocor sana sini

- Yuran sekolah anak makin naik

- Mula banyak orang benci kita

- Hubungan dengan mertua

- Isteri mula merungut tak cukup makan

- Suami stress gaji kena potong

- Rumahtangga mula goyang

- Badan mula sakit sana sakit sini

- Badan dah tak fit

- Bawa kereta cepat mengantuk

- Hutang keliling pinggang

- Ah Long mula kejar

- Hubungan adik-beradik mula renggang


Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita.


Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya?


Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.


Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul.


Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”


Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik.


Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga.


Bertenanglah wahai jiwa yang diuji!


Amalkan Nasihat Emas Ustaz Ahmad Dusuki: 


Umur kita ini semakin hari semakin meningkat. Bagi yang dah berusia 30/40an itu sepatutnya sudah bertambah lah kematangan dan pahala yang dikumpul sedari muda. Yang pasti kubur pun sedang melambai menanti jasad di tanam. Mengikut pandangan para ulama, usia kehidupan kita ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa. Awas ya kalau dah berusia 30/40an


Sudah tentu setiap satunya ‘menawarkan’ cabaran berbeza. Setiap daripada kita juga dianugerahkan rezeki usia berbeza, maka dengan rezeki itu, gunakanlah akan ia sehabis baik jangan sedikit pun terleka dibuai mimpi dunia


Sebagaimana firman Allah:


“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)


Umur kehidupan kita ini terbahagi kepada lima fasa. Dari kita dilahirkan kita akan menghadapi 99 ujian kematian. Bagi yang bernasib baik atau berusia 40an ke atas , mereka akan berjaya menghadapi semuanya hingga akhir dan ada sebaliknya iaitu dia tidak sempat lalu menemui ajal- Imam Ibnu al-Jauzirah.


Fasa pertama: kehidupan: Kita akan melalui zaman kanak-kanak iaitu dari dilahirkan sehinggalah mencapai usia awal remaja iaitu dalam usia 15 tahun.


Fasa kedua: Ini adalah ketika kita muda, iaitu antara umur 15 hingga 35 tahun.


Sebenarnya 30-35 tu dh tak berapa nak muda! Waktu ni kta kena all out berusaha! 


Sbb 35 tu kita dh kena mula bina keluarga, slow down urusan dunia dan mula dekatkan diri dgn belajar agama. 


Fasa ketiga: Kita menjadi manusia dewasa iaitu pada usia 35 hingga 55 tahun.


Fasa keempat: Kita meniti usia awal tua iaitu usia bonus berumur antara 55 hingga 70 tahun.


Fasa kelima: Ini adalah ketika kita berumur antara 70 hingga akhir hayat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Ini adalah usia double bonus kerana dipanjangkan usia.


Rezeki panjang umur ini bukan untuk diraikan dengan alpa. Apabila kita mencapai usia 20 hingga 40 tahun, ini adalah tempoh yang mana kita dikurniakan keenakan duniawi daripada Allah SWT.


Setelah mencapai usia 40 tahun, digalakkan membaca doa ini:


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”


Usia 40 an ke atas sebenarnya adalah masa yang sewajarnya kita bermuhasabah diri dengan lebih banyak kerana pada usia ini kita sudah pun berada di kemuncak pencapaian hidup; lebih stabil dan matang.


Dan oleh kerana itu, banyak hal yang kita perlu jaga dan lakukan untuk memperoleh kehidupan berkualiti dan sihat untuk usia kehidupan seterusnya. Kita mahu terus dapat beribadah dalam keadaan sihat dan waras.


Sebagai rujukan kita yang sudah capai usia 40 an ke atas, tidak rugi amalkan nasihat Emas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di bawah mulai hari ini.


Nasihat 1:

Lakukan urutan urat saraf 7 kali setahun. Amalan ini bagi melancarkan perjalanan darah. Lakukan berurut ini walaupun ketika kita tidak mengalami kesakitan saraf pun.


Nasihat 2:

Minum air kosong dengan banyak kerana kebanyakkan penyakit berpunca dari kekurangan air dalam badan.


Nasihat 3:

Rajin lah bersenam sekurang-kurangnya berjalan kaki atau menaiki tangga.


Nasihat 4:

Kawal nafsu makan dengan mengurangkan kuantiti pengambilan makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.


Nasihat 5:

Kawal rasa amarah dan jangan terlalu fikirkan perkara yang boleh menggusarkan. Tiba masa kita memperbanyakkan redha dan melupakan perkara yang tidak penting.


Nasihat 6:

Sepanjang lebih 20 tahun kita telah kuat bekerja, kini biarkan harta kita pula berbakti untuk kesenangan kita.


Nasihat 7:

Lupakanlah dendam dan kisah silam yang menyakitkan hati. Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.


Nasihat 8:

 Banyakkan bergurau-senda dengan ahli keluarga, rakan, jiran dan kenalan. Ini akan membantu kita untuk kurangkan tekanan dan dapat menikmat hidup dengan pergaulan yang harmoni.


Nasihat 9:

Perbanyakkan luang masa untuk Allah. Tambahkan ilmu agama dan banyakkan ibadat kerana pada usia ini kita semakin cepat menuju kepada-Nya.


Nasihat 10:

Perbanyakkan bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan Allah. Semoga sahaja pahala kebaikan ini dapat membantu kita di akhirat kelak. InsyaAllah.


Nasihat 11:

Amalkan makan makanan sunnah. Ingat, dalam usia begini, pelbagai penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang. Hari ini, harga sebuah kesihatan cukup mahal. Ada duit banyak sekalipun, kalau tidak sihat, ia tidak akan memberi makna. Duit banyak dihabiskan untuk rawatan dan ubatan.


Janganlah lagi kita disibukkan dengan urusan dunia pada usia 40 an ke atas ini Janganlah kita lalai lagi kerana kita tidak tahu adakah esok masih ada lagi untuk kita. 


Oleh itu, tumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh membawa kita ke jalan yang diredhai Allah. Kita ingin mempersiapkan diri


Benar...

Credit: Imam Muda Hassan

Jiwa Tenang

.

.

.

Khamis, 5 Ogos 2021

Betul babi utusan yahudi celaka

 


umat Islam tidak sampai 1500 tahun hijrahr

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Sekadar perkongsian pandangan,bukan untuk percaya bulat2,hanya bagi mereka yang mahu berfikir,dalam masa sama menyiapkan diri dengan iman dan taqwa kepada Allah, terima atau tidak, terpulang, jika ada yang ingin memberikan pandangan  boleh kongsikan bersama.. 

Petang ni kita cuba rungkai pendapat maksud hadis rasulullah, sebahagian ulama berpendapat "umat ku tidak sampai 1500 tahun," dan "setiap 100 tahun pemerintahan islam akn kembali."


Kita mula kiraan, 

1) 1500 hijrah - 1442 hijrah = 58 tahun hijrah

* bermakna ada lagi 58 tahun usia umat nabi Muhammad. 

1442 h = 2020 tahun gregori

2020 + 58 = 2078

* bermakna umat islam hidup di dunia tak sampai tahun 2078.


2) khilafah islam terakhir yakni uthmaniah jatuh pada tahun 1924. 

1924 + 100 = 2024

* bermakna tahun 2024 cukup 100 tahun akan muncul khalifah islam, boleh jadi time ni imam mahdi akan muncul. 

Ada padangan yg mengatakan imam mahdi akan bersama kita selama 7 ke 9 tahun,  kita ambiklah 9 tahun .

2024 + 9 = 2033

Ada pandangan yang mengatakan imam mahdi akan wafat tahun ke 9 dia memerintah,  selepas tu nabi isa akan memerintah dunia selama 40 tahun dgn aman, jadi

2033 + 40 = 2073

* jika dibanding dgn hasil yg kita dpt tadi,  umat islam di dunia tak sampai 1500 tahun, yg jatuh tahun 2078, di bandingkan dgn 2073, ini spt menunjukkan kiraan kita tu tepat..  

Jika benar jangkaan ini,  sekitar 2024 hingga 2033, lingkungan 9 tahun tu,  time tulah dajjal keluar,  nabi isa turun,  yakjuj makjuj dibunuh Allah, ini yg Rasulullah katakan,  ia akan berlaku cepat spt bijih tasbih berjatuhan terputus talinya.. 

Jika benarlah ilham yg sy dapat, tanda besar sebelum kiamat ni kita lah yang bakal melaluinya..  Fuh...  Kecut perut jg memikirkan nasib ummah..  

Cuma bila dilihat keadaan semasa,  5G,  bill gates,  c19, persiapan singgahsana diisrael, sapi merah utk korban ritual penyembahan yg sdh sedia, tanda bintang berekor melintasi bumi di bulan ramadhan pada tahun 1982, ini biasa berlaku setiap kelahiran khalifah agung Allah, jika benar imam mahdi lahir tahun tu,  umur 40 tahun dia akan dibaiat,  ia jatuh tahun 2022.. 

Lebih kurang dgn kiraan dari kerajaan uthmaniah jatuh..  Jadi imam mahdi berkemungkinan akan muncul 2022-2024.. 

Hati saya kuat mengatakan bahawa masanya sudah dekat,  sgt dekat..  

Apapun Allah jua yg maha mengetahui.. Ini bukan menilik ya,  dlm islam kita boleh menjejaki time line Allah,  supaya kita nampak hala tuju kita dihadapan..  Sebab tu Rasulullah bersabda, "awaslah dgn  firasat org mukmin."

Jadi bila dapat ilham,  relate kan dgn quran,  hadis,  dgn pandangan ulama yg ahlinya,  lepas tu relate kan dgn keadaan semasa,  macam tu la kita mencari jalan kemenangan dalam agama dan keselamatan dari musuh.. 

Sesungguhnya ajal kalian dan ajal umat-umat yang telah lalu hanyalah seperti masa antara shalat ashar dan tenggelamnya matahari.” (HR. Al-Bukhari no. 3459)

“Mereka bertanya tentang hari kiamat: kapan terjadinya? Katakanlah wahai Muhammad: yang mengetahuinya hanyalah Allah, tiada yang menjelaskannya kecuali Dia” [Al-A’rof: 187]

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” 

(QS. al-Ahzab: 63)


hadis dari Umar tentang kedatangan Jibril, dinyatakan bahwa Jibril bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang kapan kiamat. Jawaban Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

مَا المَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ

“Yang ditanya tidak lebih tahu dari pada yang bertanya..” (HR. Bukhari 4777 dan Muslim 106).


Semoga bermanfaat,  jika ada yg sudi berkongsi pandangan,  sgtlah dialu²kan,  semoga kita bertemu dgn kebenaran yg hakiki.. Amiin ya Allah..

Kukuhkan lah Tauhid kita semua,Dekatkanlah diri kepada Allah dengan melaksanakan perintahnya dan meninggalkan larangannya.


Amal Makruf Nahi Munkar

Wahyu pertama ayat ke 5

Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.


#KitaJagaAmal

#AllahJagaKita

Isnin, 26 Julai 2021

Lihat yang elok kerna rohmu nur yang suci

 ① Unsur Tanah → Anak ke 1 , 5 , 9

② Unsur Air → Anak ke 2 , 6 , 10

③ Unsur Api → Anak ke 3 , 7 ,11

④ Unsur Angin → Anak ke 4 , 8 ,12

'

① TANAH🦋

- Pendiam

- Pendengar yang baik

- Penyabar & setia

- Tak mudah membangkang

- Dengar kata & boleh bawa

bincang

- Berpewatakan manis

- Lembut hati

- Suka memendam rasa & sensitif

- Tak banyak kerenah

- Tak cerewet

- Menghormati orang lain

- Rendah diri & tak sombong

- Tak suka pendam rasa marah

sampai tahap boleh meletup

- Lambat dalam menyelesaikan 1

tugasan

'

② AIR .🦋

- Sentiasa tenang & menyejukkan

perasaan orang lain

- Buat kerja dengan teratur , teliti

& pantas

- Keras kepala , sukar dilentur &

dibentuk

(Asyik dia jaa nak menang)

- Manja , lembut hati & sensitif

- Air yang tenang jangan disangka

tiada

buaya

(Mood yang selalu berubah ubah)

'

③ API .🦋

- Semangat yang tinggi , sangat

aktif

& berkobar kobar

- Sangat teliti & berwaspada

- Suka mmenyakat & mengenakan

orang lain

- Panas baran & mudah melukakan

hati orang lain

- Kuat cemburu

-nmpk pendiam + sombong tapi

baik hati

'

④ ANGIN .🦋

- Melembutkan hati orang lain

- Agak susah untuk mengendalikan

keadaan

- Tidak suka berkongsi apa-2

masalah kepada orang lain

- Pendiam & agak pemalu dengan

orang

yang tak dikenalinya

- Suka membuat haluan sendiri

-penyayang

Isnin, 28 Jun 2021

Tanda Telah Lahirnya Imam Mahdi

Tanda-tanda alam Imam Mahdi yang mengisyratkan kemunculannya adalah gerhana matahari dan bulan pada bulan Ramadhan yang didiringi oleh suara keras di bumi disusul oleh adanya huru-hara, kekacauan dan malapetaka dibulan Syawal, Pertikaian dan konflik suku atau mungkin para pendukung anak khalifah yang terjadi di bulan Dzulqa’dah disusul peristiwa perampokan dan pembantaian jamaah haji hingga darah menggenang di Jumratul Aqabah, lalu dibulan Muharram dibaiatlah Imam Mahdi oleh sejumlah kaum muslimin.

Dari Ibn Abbas r.a. dari Nabi SAW, bersabda: "Bagaimana umat ini rusak sedangkan aku ada di awalnya, Mahdi ada di tengahnya dan al-Masih Ibn Maryam ada di akhirnya (Al Hakim dalam Kitab Tarikh, Ad Dailamy, Ibn Asakir )

Petanda akhir zaman ialah hampir seluruh dunia berkonspirasi menghancurkan umat Islam, Japan dan Korea pun (yang nampak neutral) menyertai pakatan ketenteraan ke Iraq. PBB sebenarnya adalah pakatan Salibi-Yahudi. Lihat sahaja resolusi-resolusi mereka semuanya menindas umat Islam, bermula dengan resolusi 1948 (penumbuhan negara haram Israel di Palestine), dan yang terbaru ialah resolusi anti-keganasan dan WMA (weapon of mass destruction) yang berkesudahan dengan penjajahan Iraq dan Afghanistan.


Ini pula tanda-tanda yang sudah berlaku tentang kemunculan Imam Mahdi;

"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku secara berturut-turut 2 gerhana pada bulan Ramadhan." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al mahdi Al Muntazar)

"Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)

"Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan)

"Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-jaman, hal. 37)

Jika kita melihat kepada dalil-dalil di atas maka fahamlah bahawasanya tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi ini sudah berlaku. Yaaaa, gerhana bulan dan matahari pernah direkodkan berlaku pada bulan Ramadhan pada tahun 1981 dan 1982, dua tahun berturut-turut, kemudian terjadi lagi pada tahun 2003 lalu.

Kita pergi pula ke tanda-tanda yang lain yang sudah pun berlaku. Tanda-tanda seterusnya ialah kemunculan bintang berekor atau komet melintasi bumi.

"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, sebutir bintang berekor akan muncul dari arah timur." (Ibn Hajar Al Haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al Mahdi Al Muntazzar)

"Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-jaman, hal. 32)

Jika kita melihat kepada dalil-dalil di atas, Nabi pernah mengatakan bahawa antara tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi itu ialah munculnya bintang berekor (komet). Yaaaa, bintang berekor atau komet ini pernah direkodkan melintasi bumi pada tahun 1986. Komet ini merupakan sebuah bintang terang bersinar yang melintas dari Timur ke Barat. Ini terjadi setelah gerhana matahari dan bulan pada tahun 1981 dan 1982.

Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),  "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salju, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.  Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Tanda-tanda yang lain pula ialah berlakunya peperangan yang besar di bulan Syawal.

"Akan ada huru hara di bulan Syawal (bulan kesepuluh dalam kalender Hijriyah), pembicaraan tentang perang di bulan Dzulqae'dah (bulan kesebelas dalam kalender Hijriyah) dan pecahnya perang di bulan Dzulhijjah (bulan kedua belas)." (Allamah Muhaqqiq Ash-Sharif Muhammad ibn 'Abd al-Rasul, Al-Isaatu li Asrat'is-saat, hal. 166)

Tiga bulan yang dimaksudkan dalam hadits ini kebetulan bertepatan dengan bulan-bulan berkecamuknya Perang Iran-Iraq. Pemberontakan (huru hara) pertama atas Shah Iran berlangsung pada 5 Syawal 1398 (8 September 1976), seperti yang ditunjukkan oleh hadits ini, dan perang meletus antara Iran dan Iraq pada bulan Dzulhijjah 1400 (Oktober 1980).

Bila kita melihat kepada dalil-dalil di atas, cuba kita perhatikan satu persatu bahawa semua tanda-tanda itu berlaku dalam lingkungan jarak tahun yang dekat. Bermula dari tahun 1976 ketika huru hara pertama pemberontakan ke atas Raja Iran iaitu Shah Iran Pahlevi (jatuh pada tahun 1979) pada bulan Syawal. Dan peperangan Iran-Iraq pada tahun 1980 pada bulan Dzulhijjah. Selepas itu berlaku pula 2 gerhana dalam bulan Ramadhan pada tahun 1981-1982 (2 tahun berturut-turut). Dan yang akhirnya berlaku pula lintasan bintang berekor (komet Halley) mendekati bumi dari arah timur ke barat pada tahun 1986.

Tanda-tanda yang Nabi khabarkan ini benar-benar telah berlaku. Sekitar dari tahun 1976 sehinggalah tahun 1986. Jika menilik kepada hadis-hadis Nabi tadi bahawa Imam Mahdi akan muncul bila berlakunya tanda-tanda tersebut. Adakah muncul di sini membawa maksud zahirkan diri?? Jika dengan maksud zahirkan diri, jadi di mana Imam Mahdi sekarang??? Hadis tentang kemunculan Imam mahdi itu bahasa kiasan yang kita andaikan bahawa muncul di situ dengan maksud lahir. Bukan zahirkan diri. Kebarangkalian Imam Mahdi telah lahir (muncul di dunia ini) pada tahun 1986(bintang berekor).

Jika Imam Mahdi telah dilahirkan pada tahun 1986 maka umur Imam Mahdi sekarang sekitar 35 tahun (bukan muktamad). Ini kerana sekarang sudah tahun 2021. 2021 ditolak dengan tahun 1986 maka kita akan dapat 35. Diceritakan bahawa Imam Mahdi akan zahirkan dirinya ketika berumur 40 tahun (kemungkinan).

Jika ketika umur 40 Imam Mahdi mula zahirkan dirinya dan memerintah dunia ini. Kiraan kita ialah 40 ditolak 35 tahun maka kita akan dapat jawapan 5 tahun. Secara kiraan kasar ini kemungkinan lagi 5 tahun untuk Imam Mahdi untuk munculkan diri dengan cara di bai’ah oleh orang ramai di Mekah.

Bilakah tahun itu, jika 5 tahun lagi?? Sekarang ini tahun 2021. Jika ditambah 5 tahun lagi maka kita akan dapat jawabannya bahwa pada tahun 2026!!!

Semua kita sudah maklum bahwa munculnya (zahirkan diri) Imam Mahdi ketika dunia ini berada dalam huru hara, kacau balau, peperangan dan pembunuhan di mana-mana saja. Maka munculnya Imam Mahdi ketika itu untuk amankan dunia kembali dalam pemerintahannya yang adil.

Sabda Nabi; “Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)

Cuba kita perhatikan sekarang ini... Umat Islam di serang dari semua sudut... Solat Jemaah tidak lagi bergandingan bahu, Azan di perlahankan, sesama Islam menyakiti saudaranya, di minta takut dgn virus lemah, disuntik pula vaksin yg membunuh... Peperangan yang akan mematikan begitu ramai jiwa manusia. Pembunuhan di sana sini. Dunia menjadi huru hara. Tak pernah terjadi lagi dalam sejarah manusia huru hara dan kacau bilau seperti ini. Semoga Allah izinkan Imam Mahdi zahirkan dirinya untuk memimpin manusia dan memerintah dunia ini dengan keadilan dan keamanan. Pada waktu Imam Mahdi muncul, dunia dalam kondisi kacau. Kemaksiatan bermaharaja lela, perang antara negara melanda dunia. Perang saudara membara, perang antara kelompok, suku, etnik, golongan, organisasi dan aliran terjadi di mana-mana. Penguasa menindas, melibas, memeras dan merampas hak rakyatnya.

Cuba lihat balik pada hadis di atas.

Dalam masalah gerhana ini Ahlissunnah wal Jamaah meyakini berdasarkan Hadis Nabi, bahwa "Gerhana matahari maupun bulan --baik sendirian maupun bersamaan, di waktu kapan pun-- merupakan satu di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Ia tidak terjadi karena mati atau lahirnya seseorang di antar kita. Ia murni kejadian alam yang dikehendaki oleh Allah. Tidak harus disangkut pautkan dengan kelahiran atau kematian sesuatu atau seseorang.

Dalam hadist riwayat Bukhari dan Muslim dll,d ari Ibnu Umar r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: " Sungguhnya matahari dan rembulan mengalami gerhana tidak karena kematian atau kelahiran seseorang, tetapi keduanya merupakan tanda kebesaran Allah. Apabila kalian menyaksikan gerhana, maka berdo'alah, kumandangkan takbir, dan dirikanlah sholat serta bersedekahlah.”

Semoga kita semua di bawah rahmatNya...