Sabtu, 16 November 2013

PEKIDA MALAYSIA... Amar Makruf Nahi Mungkar

Biar betul..?
sozcyili.blogspot.com mengidam sgt publisiti murahan... persatuan dikatakan "geng"... mcm kebulur je nak jd ayahanda pn ada aq tengok... apekah c baghal ni ingat join pekida ni dapat belt power rangers ke..? Bila hidup tiada perjuangan... jadilah kau lalang... halal haram tak kau pandang... nilaimu hanya wang...
Bila org luar sembang n' membonggak sesuka tekak... Kajian ni ada taw ker Jihad Ekonomi tu ape...

***Menarik juga info neh. Patutlah tingkah laku sesetengah dari mereka dilihat agak berbahaya dan provokasi melampau. Mohon geng2 PEKIDA baca dan ulas serba sedikit tentang hasil kajian kat bawah neh, boleh?


Point penting ;

1. Pekida adalah antara rangkaian yang berkaitan dengan militan politik.

2. Ia sebagai salah satu cara untuk halalkan aktiviti tertentu, untuk halalkan dana kepada mereka dan juga untuk memberikan sokongan politik kepada pihak tertentu.

3. Objektif utama PEKIDA ialah, kuasa, wang dan keuntungan.

4. Kajian tersebut membayangkan yang ahli2 PEKIDA terlibat dalam kegiatan haram. Dan juga bersifat GANAS.

Patutlahhhh


Harap ahli2 PEKIDA yang baca neh jangan sentap dengan maki hamun, meroyan, mengamok, ataupun peluru dan sebagainya. Baca elok2 dan bidas pun elok2. Kalau bidas cara kasar ia seolah2 membuktikan kajian kat bawah neh errr BENAR?


Hehe..***



Berdasarkan kepada kajian yang dijalankannya selama lima tahun di Malaysia, Pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere berkata NGO Pekida atau Tiga Line merujuk kepada kesetiaannya kepada orang Melayu, raja dan Islam.

Katanya, ini dapat dilihat dalam simbolnya  yang berwarna merah (untuk darah), kuning (raja ) dan hijau (Islam).
convertion forum protest 090807 gpms (left) pekida (right)Lemiere berkata berdasarkan temubualnya yang luas dengan 
anggota-anggotanya dan carian di internet, kumpulan seperti Pekida adalah satu rangkaian kompleks NGO yang diwujudkan oleh kumpulan yang berkaitan dengan militan politik.


Pekida, menurut kajian Sophie,  adalah nama generik yang digunakan untuk menggambarkan satu rangkaian kompleks kumpulan dan NGO.

Pada hakikatnya, tegas beliau, nama Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah.
180910 pekida burn bar council banner sosilawatiLemiere berkata mungkin ada kumpulan lain yang menggelar diri mereka Pekida tetapi di bawah nama lain juga atau mungkin tiada kaitan dengan Pekida .

Menurutnya, dua tanggapan utama yang akan diketengahkan adalah cabaran biasa bagi mana-mana kumpulan untuk terus hidup dan cara terbaik untuk menjamin survival adalah melalui kuasa dan wang.

'Kuasa dan wang jadi pendorong '


Katanya, objektif utama kumpulan itu adalah kuasa, keuntungan dan wang, yang membayangkan bahawa ahli-ahli terlibat dalam kegiatan haram, dan boleh menggunakan tahap keganasan yang berbeza.
Cita-cita asasnya, tegas Lemiere, ialah sering membentuk semula di segi ideologi bagi memudahkan pengambilan anggota, gabungan kumpulan dan mewajarkan penggunaan keganasan.

Kelestarian kumpulan itu dipastikan dengan menyesuaikan diri kepada perubahan politik dan sosial. Identiti kumpulan boleh berubah mengikut peluang yang wujud.
Sophie Lemiere Pekida forumLemiere (kiri) berkata, situasi politik yang berada dalam peralihan adalah baik kepada pembangunan kumpulan-kumpulan tersebut dan membuka peluang untuk menjalin hubungan dengan parti-parti politik. Dalam konteks ini, katanya, kumpulan-kumpulan itu boleh menjadi usahawan politik, atau militan secara diam-diam, kepada sesiapa di mana tindakan politik disubkontrak untuk mengekalkan kuasa politik.

Menurut Lemiere, ia umpama seekor sumpah-sumpah yang marah, yang boleh bertukar warna dan bentuk pada bila-bila masa,  tetapi sentiasa kekal dengan potensi ganas.

Lemiere, yang baru sahaja menerima PhD beliau dari Sciences-Po (L'Institut d'études politiques) Paris tentang pergerakan etno- nasionalis dan Islam di Malaysia, kini berada di Pulau Pinang untuk membentangkan kertas kerjanya di Universiti Sains Malaysia , semalam.

Kertas kerjanya  yang bertajuk 'Gangsters and Masters: Connivance Militancy in Contemporary Malaysia', adalah berdasarkan kajian dari tahun 2008 hingga April tahun ini.

Lemiere berpejabat di Singapura dan ahli gabungan Institut Penyelidikan Asia  di Universiti Nasional Singapura. 

Hasil Kajian Dedah PEKIDA Ada Kaitan Dengan Militan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan