Isnin, 28 Oktober 2013

Kejam : Guard Membunuh Pegawai Ambank untuk RM450,000

DUIT ROMPAKAN DI AMBANK RM450 RIBU | Ketua Polis Selangor, Datuk mohd Shukri Dahlan berkata, polis sudah menahan tiga ahli keluarga kepada suspek yang menembak mati seorang pegawai Ambank, Rabu lalu. Turut ditemui wang tunai RM20,000 dipercayai antara sebahagian duit berjumlah RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu.
Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di sebuah bank di Subang Jaya Rabu lalu, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.
Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan.
“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.
Dalam kejadian jam 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.
GAMBAR AKAUN FB SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI BANK - ARDI HAMZA | Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia...!!!
Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebooksuspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran. 
 Diharap Facebook Ardi Hamza ini memudahkan untuk pihak berkuasa menjejak pembunuh kejam yang masih bebas ini. Ayuh, sebarkan!


Misteri IC palsu...???

Siyes ni der... Aku terfikir2 dari hari tue lagi. Pasal isu Ardi ni... Korang fahami point2 yang menyebabkan aku sangat2 mengambil tahu perjalanan isu neh...
1. Dilaporkan Ardi telah bekerja selama setahun sebagai pengawal keselamatan.
2. Kerja seperti ini memerlukan account bank untuk keluar masuk gaji.
3. Bahkan sudah tentu dia melalui potongan KWSP dan SOSCO juga.
4. Bahkan dia juga telah memiliki lesen senjata api. Ini disahkan oleh Pengerusi gabungan syarikat2 keselamatan Malaysia.
5. Ini membuktikan dia sudah melalui proses saringan yang ketat oleh KDN dan PDRM.
6. Individu neh pernah disaman. Namun rekod PDRM gagal mengesan IC yang dia miliki ialah IC palsu. 
7. Bukanla IC palsu itu satu persoalan semata2. Bagaimana kad yang memiliki IC palsu boleh melepasi proses imbas cap jari? Nak buat kad bank kena imbas cap jari. Untuk memastikan data cap jari dalam IC tally = cap jari pemegang IC. Ini kerana bila kita buat kad pengenalan baru, mereka akan amek cap jari kita untuk dimasukkan dalam kad tersebut untuk memudahkan semak imbas.
*[ Nombor kad pengenalan pengawal keselamatan yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Rabu lalu, disahkan tidak wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said berkata, perkara itu disahkan selepas pihaknya membuat semakan apabila siasatan polis mendapati suspek dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.
Siasatan polis mendapati, suspek dipercayai warga asing itu menggunakan kad pengenalan palsu bagi membolehkannya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan bertugas di beberapa bank sekitar Lembah Klang. 
Persoalan disini kalau setakat kerja pengawal keselamatan biasa itu boleh la tipu IC... tapi bagaimana dia dapat tipu untuk dapat lesen sejata api yg dikhabarkan melalui proses tapisan yg amat ketat dari pihak berkuasa. ]*

8. Jika diperhatikan, ini ialah satu penipuan yang sangat tersusun dan terperinci.
9. Kad pengenalan tersebut bukan saja palsu, bahkan diyakini mempunyai kualiti yang 100% sama seperti kad pengenalan tulen dan juga dimasukkan maklumat2 tertentu supaya penipuan mereka tidak boleh dikesan semudah ABC.
10. Itu sebab KDN dan PDRM gagal detect dia sebagai warganegara palsu. Saman dah kena.Screening untuk lesen senjata api pun dah lepas.
11. Persoalan-nya organisasi apa yang begitu teliti dan terancang ini?
12. PDRM juga mengesahkan bahawa harga IC palsu hanya sekitar rm200 - rm600 sahaja.
13. Dan dorang juga mengesahkan bahawa 3 sahabat kepada penjenayah tersebut telah ditahan. Ketiga2 rakan penjenayah juga memiliki IC palsu beb.
14. Tiada maklumat dan gambar rakan2 penjenayah didedahkan oleh POLIS.
15. Sesetengah orang beranggapan isu neh isu kecik. Setakat rompak, bunuh. Lepas dan dia ada IC palsu.
16. Tapi aku tak rasa macam tue.
17. Start isu IC palsu dia terbongkar, pelbagai persoalan bermain2 di minda aku. 
18. Aku yakin ada sesuatu. Cuma aku belum kenalpasti apa benda yang SESUATU itu...
♥♥♥ :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT Navigate jasin ::. ツ ♥♥♥

-sahabatmu aiman-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan