Kisah tauladan ini adalah perkongsian dari laman fuh.my. Semoga ianya memberi pengajaran dan kesedaran
buat kita yang beragama Islam. Renung-renungkan..
———————————
Aku punya
seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama
bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke
Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika
Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak
yang dikongsi bersama.
Setiap kali
hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol
arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara
dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk
beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan
anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim
juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi
rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng
sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi
bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama
tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim
telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja
disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan aku
dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami
dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali
menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas
kami rasakan.
Suatu pagi.
Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang
ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.
“He’s name
is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago…
Subhanallah!
Syukur
Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku
tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara
seagama denganku.
Hari yang
kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim
dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika
aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan…
Assalamu’alaikum…
Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya
amat redup dan tenang.
Aku menjawab
salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah
terlalu lama terpisah.
‘Ini dia
olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim
menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan
dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat
sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak
aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih
berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau
kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah… Kenapa kau tanya macam tu?
Kalau kau
kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim.
Aku tak faham… diseksa? What do you mean?
Cuba kau
fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second
house.
Tapi,
mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena
pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia,
negara Islam ni?
Dan mengapa
aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam,
kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan
baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok
kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu,
kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua
orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam
pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah
diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam.
tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau
sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam
pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih
tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim
yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa
yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk
berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak
tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal…
sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi
kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu
lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir
kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul,
kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi
amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak
pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri
sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku
faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan
lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia
dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!
Lim yang
baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20
orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah
aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang
pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni
diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
♥♥♥ :: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT Navigate jasin ::. ツ ♥♥♥
-sahabatmu aiman-
-sahabatmu aiman-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan